Cerpen
Tanggar Amanat
(Amaruszati
Noor Rahim)
SINOPSIS :
Di Yellowstone Hawa dan Adam iaitu
sepasang suami isteri tinggal di situ. Hawa yang sedang hamil menghadapi
konflik apabila Adam suaminya mengajaknya pulang ke Malaysia sedangkan dia
ingin terus mempertahankan perusahaan warisan Taman Nasional Melayu Ahmad Abdullah
yang pertama di situ. Tambahan lagi kawasan Yellowstone merupakan kawasan
lingkaran gunung berapi. Dalam keadaan kebingungan ditinggalkan Adam, Hawa
berhalunisasi dengan janin dalam kandungannya yang berdialog dengannya tentang
kemusnahan yang akan dihadapi jika terus tinggal di situ. Atas nasihat dan
pandangan yang diberikan olah janin dalam kandungannya, Hawa mengambil
keputusan untuk mengikut Adam pulang ke Malaysia.
TEMA :
Semangat patriotik yang disuntik
bagi meneruskan warisan keluarga.Halunisasi janin dan Hawa menyebabkan Hawa
mengambil keputusan kembali ke Malayisa mengikut suaminya Adam yang mahukan
mereka meneruskan perusahaan warisan Taman Nasional Melayu Ahmad Abdullah.
PERSOALAN :
1. Persoalan kegigihan mencari rezeki
di tempat orang. Adam gigih mencari rezeki di Yellowstone, Amerika Syarikat..
2. Persoalan perkahwinan campur di luar
negara. Adam berasal dari Malaysia berkahwin dengan Hawa gadis kelahiran
Yellowstone, Amerika Syarikat..
3. Persoalan kepincangan hidup di
tempat orang. Kehidupan di luar negara tidak sama dengan kehidupan di tanah air
sendiri.
4. Persoalan kepercayaan atas kuasa
Yang Maha Besar. Hawa mengaku segala yang berlaku adalah ketentuan Allah.
PLOT :
Secara keseluruhannya, plot cerpen
ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:
(i) Permulaan
Plot dimulakan dengan memperkenalkan watak Hawa yang mengalami
alahan semasa mengandung. Dia terkenangkan Adam yang entah ke mana setelah
gagal memujuknya agar meninggalkan tempat itu setelah ada ramalan bahawa
Yellowstone akan dilanda bencana.
(ii) Perkembangan
Setelah ditinggalkan Adam, Hawa mula berhalusinasi bahawa dia
berada di alam rahim dan berkomunikasi dengan janinnya sendiri.
(iii)Konflik
Konflik timbul apabila janin membangkang
keputusan Hawa untuk kekal di tempat itu
(iv) Klimaks
Hawa mula sedar bahawa keselamatan janinnya lebih penting
berbanding kepentingan mempertahankan perusahaan di Yellowstone.
(v) Peleraian
Hawa tersedar dari halusinasinya kerana mendengar Adam memanggil
namanya berkali-kali.
TEKNIK PLOT :
1.
Pemerian
Contohnya :
..Roma
tengkuknya meremang. Topi jaket di tarik
ke kepala yang pening semenjak subuh tadi.
Dunia bagai diayun. Berdiri bagai
tidak jejak bumi. Loya menganggu tekak,
tetapi dia…
2. Suspens
Contohnya ;
Istighfarnya
berenang dalam lautan merah. Hangat
terasa. Di mana? Dalam lahar
Yellowstone? Tidak mungkin. Ini bukan
hangat kawalan api Yellowstone. Tidak
mungkin dia hidup dalam tumbuhan gelegak lava.
Kalimah Lailahaillallah terdengar…
WATAK DAN
PERWATAKAN :
Watak Utama
1. Hawa
·
Keturunan Ahmad Abdullah dan Maria Cruz Abdullah
·
Seorang yang penyayang. Dia amat menyayangi anak dalam kandungannya
dan suaminya, Adam.
·
Seorang yang setia dengan hubungan keluarga. Amat menyayangi Adam
suaminya.
·
Seorang yang penakut. Dia takut kehilangan suaminya yang akan balik
ke Malaysia.
·
Isteri kepada Adam
Watak sampingan
1. Adam
·
Suami Hawa
·
Seorang yang penyabar.Sabar memujuk Hawa supaya mengikutnya kembali
ke Malaysia.
·
Mempunyai sifat patriotik yang tinggi . Ingin kembali dan menetap ke Malaysia..
2. Janin
·
Generasi ke-8 Ahmad Abdullah.
·
Mempunyai keberanian yang tinggi untuk menyatakan pendiriannya. Berani
memberi pandangan terhadap ibunya supaya mengikut ayahnya kembali ke Malaysia.
·
Ikhlas memberi pandangan.Dia ikhlas member pandangan kepada ibunya.
·
Mempunyai semangat patriotik yang tinggi.Mempunyai semangat
patriotik terhadap tanah tumpah darah ayahnya, Adam.
LATAR :
Latar Masa
1.
Lapan tahun menunggu zuriat.
2.
Generasi kelapan Ahmad Abdullah.
Latar tempat
1.
Yellowstone.
2.
Devils Tower.
3.
Canyon Village.
Latar
Masyarakat
1.
Masyarakat yang penyayang terhadap hubungan kekeluargaan, iaitu
Hawa yang menyayangi janinnya.
2.
Masyarakat yang memperjuangkan warisan keluarga, Contohnya Hawa
yang berkeras mahu mempertahankan perusahaan keluarganya.
3.
Masyarakat yang maju dalam bidang perniagaan, Contohnya Perusahaan
Taman Nasional Yellowstone yang sudah bertahan sehingga generasi kelapan.
4.
Masyarakat yang percaya kepada kekuasaan Tuhan, Contohnya janin
yang mendengar degupan jantung yang berzikir kepada Tuhan.
GAYA BAHASA :
1. Kata ganda
Contohnya : tiba-tiba.
2. Metafora
Contohnya :perut bumi.
3. Hiperbola
Contohnya : kita akan terpelanting, lebur, berkecai entah ke mana.
4. Simile
Contohnya : lidah merah melahap bagai naga menyemburkan api.
5. Personifikasi
Contohnya ; kita kembangkan sayap warisan di tempat lain.
6. Kata pinjaman
Contohnya :
Bahasa Arab (Kun Fayakun).
NILAI :
1. Nilai kasih sayang, Contohnya Hawa
menyayangi perusahaan keluarganya yang telah diwarisi turun-temurun.
2. Nilai kesabararan. Contohnya Adam
masih bersabar dengan Hawa semasa menghadapi pertentangan pendapat.
3. Nilai ketabahan. Contohnya Ahmad
Abdullah yang tabah menghadapi cabaran hidup di tempat orang.
PENGAJARAN :
1. Kita hendaklah menyayangi sebarang
usaha yang menjadi warisan keluarga. Contohnya Hawa yang sanggup mempertahankan
perusahaan keluarganya di Yellowstone.
2. Kita hendaklah sabar menghadapi
tekanan. Contohnya Adam yang bersabar dengan kedegilan Hawa.
3. Kita mestilah tabah. Contohnya Ahmad
Abdullah yang tabah menempuh dugaan hidup di perantauan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan