Cerpen
Pahlawan Buntung
(S. Othman
Kelantan)
SINOPSIS:
Pertemuan
semula Khalid (aku) anak Pak Hassan dengan Pak Hussain selepas berpisah selama
30 tahun mengimbas kembali peristiwa peperangan pada zaman Jepun sehingga
menyebabkan kesengsaraan hidup orang Kampung Pulau Pak Amat. Hal ini menyebabkan mereka terpaksa berpindah
apabila kampung mereka diserang tentera Jepun.
Sekembali semula dia di kampung halaman selepas tamat perang, orang
kampung kembali memulakan kehidupan sebagai nelayan. Selepas itu, Pak Husain terkena serpihan bom
tentera Jepun yang mengakibatkan kakinya dipotong. Walau bagaimanapun Pak Hussain dianggap
sebagai wira atau pahlawan kerana telah menggadai nyawa demi keselamatan
penduduk Kampung Pulau Pak Amat.
TEMA
:
Kesengsaraan hidup akibat
peperangan terhadap penduduk kampung serta mengakibatkan kecacatan anggota
tubuh badan dan juga kematian.
PERSOALAN
:
1.
Persoalan kasih sayang yang terjalin
antara ahli keluarga terutama semasa kesusahan hidup.
2.
Persoalan keberanian dan kecekalan
dalam mempertahankan hak dan menentang musuh.
3.
Persoalan kerjasama anggota masyarakat
dalam menghadapi kesulitan.
4.
Persoalan mengenang jasa tokoh yang
telah berjasa.
5.
Persoalan berusaha membina semula
kehidupan selepas kesengsaraan hidup.
6.
Persoalan hormat kepada warga tua atau warga emas
PLOT :
Secara
keseluruhannya plot cerpen ini mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat
garapan plot iaitu;
(i) Permulaan
Watak
Pak Husain diperkenalkan melalui imbas kembali Khalid akibat peperangan yang
telah berlaku berdasarkan fizikal.
(ii)
Perkembangan
Dialog
antara Pak Husain dengan Khalid dan imbas kembali Khalid terhadap peperangan
yang menyebabkan keluarganya berpindah. Pada ketika itu Pak Husain berusia 30
tahun dan dia telah membantu orang-orang kampung Pulau Pak Amat yang diserang
oleh tentera Jepun.
(iii)
Konflik
Adik
beradik Khalid memeluk ibu mereka kerana perasaan takuat yang amat sangat. Pak Husain hilang semasa mengetuai
perpindahan orang-orang kampung. Pak Husain ditahan askar Jepun untuk menggali
kubur ketika dalam perjalanan memeriksa barang-barang di rumahnya.
(iv)
Klimaks
Sewaktu Pak Husain
melarikan diri dari tahanan askar Jepun dan semangat Pak Husain hilang dan
sentiasa meracau apabila teringat kembali tentang mayat-mayat yang
dikebumikannya. Ketika pendaratan perompak di kampung Pak Amat, dia telah
membedil para perompak dengan senapang yang diambil dari askar Punjabi dan
menyebabkan rumah Pak Ngah Isa terselamat termasuklah penduduk kampung.
(v)
Peleraian
Setahun selepas Jepun
menyerah kalah, Pak Husain terkena saki baki bom yang ditanam dan mengakibatkan
kaki Pak Husain dipotong. Khalid mengimbas kembali segala peristiwa yang
menimpa Pak Husain dan keberaniannya menentang musuh serta berharap hubungannya
dengan Pak Husain terus terjalin.
TEKNIK
PLOT :
1.
Pemerian
ketika
kami melangkah ke pintu tadi, cahaya Subuh sudah terpancar dari sebelah
timur. Kemerah-merahan. Keheningan malam selalunya masa begini telah
membawa langkah para nelayan ke gigi ombak…
2.
Dialog
“Jemputlah
ke rumah kami, kataku. “ kami tinggal di Jalan ayam. Abang dan Adik kebetulan ada.”
“Terima kasih
Khalid!” Pak Hussain menanamkan matanya ke dalam mataku.
3.
Suspens
Dia
jugalah mengumpulkan ke pengkalan. Dia
segala-galanya. Dan dia tetinggal dalam
saat akhir bila Pak Ngah memerintahkan kami meninggalkan pengkalan. Tidak seorang pun di antara kami yang sedar
bahawa Pak Husain belum turun ke pengkalan.
Dan ketika perahu kami melewati Tuk Lukup, Pulau Tukang Dolah, Pulau
Panjang dan Sungai Gali, kami belum sedar akan kehilangan Pak Husain. Mak Bidah, isterinya juga tidak sedar. Dan sekarang.
Mak Bidah pula meraung…
4.
Imbas kembali
…usianya baru kira-kira
tiga puluh tahun. Aku berusia lebih
sedikit empat belas tahun. Pak Husain
tegap sasa. Dia berani. Dia banyak dicintai oleh gadis-gadis
kampungnya…
LATAR :
Latar Masa
·
30 tahun lalu (situasi perang)
·
Tahun 1941 – 1973
·
Semasa sambutan ulang tahun
kemerdekaan
·
Semasa zaman penjajahan Jepun
Latar
Tempat
·
Kampung Pulau Pak Amat
·
Kampung Tok Lukup
·
Sungai Gali
·
Kampung Dal
·
Jalan Bayam
Latar Masyarakat
·
Masyarakat kampung iaitu Kampung Pulau
Pak Amat
·
Masyarakat nelayan yang bekerja
menangkap ikan
·
Masyarakat yang hormat menghormati
sesama jiran tetangga
·
Masyarakat yang setiakawan dalam
memberi pertolongan
WATAK DAN PERWATAKAN :
Watak Utama
Pak Hussain
·
Berusia 60 tahun
·
Dahinya berparut dan kaki kudung (terkena
serpihan bom)
·
Berpakaian sederhana (keperibadian
desa – suci murni)
·
Mengetuai orang kampung semasa
peperangan dengan Jepun. Pak Hussain telah mengetuai penduduk kampung berpindah
ketika Jepun menyerang Kampong Pulau Pak Amat.
·
Berpengalaman dan pernah diseksa oleh
tentera Jepun. Pak Hussain dipaksa menggali kubur besar dan menguburkan mayat
orang kampung sehari suntuk oleh pihak Jepun sehingga semangat beliau hilang
dan dia meracau – racau.
·
Berjasa kepada orang –orang kampong.
Pak Hussain dengan berani telah memberitahu pihak jepun bahawa semua penduduk
telah melarikan diri. Pak hussain juga pernah membedil kawanan perompak bagi
menyelamatkan orang kampong.
Watak Sampingan
1. Khalid (aku)
·
Anak Pak Hasan
·
Menghormati pak Husain. Khalid bergitu
mengagumi keberanian dan sikap Pak Hussain yang sanggup membohongi tentera
Jepun untuk menyelamatkan penduduk kampong
2. Fatimah
·
Ibu Khalid
·
Seorang yang penyayang. Semua anak
Fatimah memeluk ibu mereka kerana ketakutan apabila Jepun menyerang kampung
mereka.
GAYA
BAHASA :
1. Kata ganda
Contoh: berjabu-jabu
2. Metafora
Contoh : gebar kebingungan
3. Hiperbola
Contoh
: diselubungi oleh raksasa ketakutan dan putus asa
4. Personifikasi
Contoh : ombak pagi yang
malas
NILAI
:
- Nilai keberanian contohnya Pak
Husain berani menghadapi tentera Jepun
- Nilai kebijaksanaan, contohnya
Pak Husain bijak menggunakan tipu daya untuk menyelamatkan diri daripada
askar Jepun.
- Nilai kasih sayang, contohnya Mak
Da yang menangisi kehilangan Pak Husain ketika mereka berpindah.
- Nilai patriotisme, contohnya Pak
Husain yang sanggup menggadai nyawa untuk mempertahankan tanah air.
PENGAJARAN :
- Kita hendaklah berani
mempertahankan hak di tanah air sendiri.
- Kita hendaklah bijak memebuat
keputusan bagi menyelesaikan masalah.
- Kita hendaklah menyayangi ahli
keluarga dan jiran tetangga.
- Kita hendaklah mematuhi arahan
ketua semasa menjalankan sesuatu tugas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan