Cerpen Pungut @
Zahara @ Yap Siew Hong
(Mohammed Latif
Mohammed)
SINOPSIS:
Perjalanan kehidupan Mak Timah dalam
membesarkan anak angkatnya yang cacat selama 24 tahun. Kisah bermula dengan
imbas kembali peristiwa Mak Timah yang mengambil anak angkatnya yang digelar
Pungut (diberi nama Zahara, nama asal Yap Siew Hong) yang diambil dari keluarga
Bibik yang berketurunan Cina. Pada peringkat awal Mak Timah berharap saiz
Pungut akan berubah apabila dia besar dan boleh membantunya apabila dewasa
tetapi sebaliknya pula berlaku malah Pungut jadi bisu dan pekak serta tidak
boleh menguruskan dirinya sendiri. Hal ini disebabkan Pungut mengalami kecacatan kekal hingga dewasa dan Mak Timah
terpaksa menguruskan segalanya. Mak Timah berdoa agar Tuhan mengambil nyawa
Pungut dahulu sebelum dia meninggal dunia.
TEMA :
Kesabaran seorang ibu angkat (Mak
Timah) menjaga anak yang cacat anggota (Pungut)
PERSOALAN :
1. Persoalan kepincangan masyarakat
terhadap penerimaan anak yang cacat. Siew Lan tidak menyukai anaknya kerana
anak tersebut cacat dan dikatakan membawa sial.
2. Persoalan ketabahan dalam
menjalankan tanggungjawab yang berat. Mak Timah tetap menguruskan Pungut yang
cacat walaupun ketika Mak Timah sedang sakit.
3. Persoalan keikhlasan dalam menerima
amanah dan takdir Tuhan. Mak Timah hairan memikirkan orang sekarang yang tidak
ikhlas dalam membantu orang lain. Dia tidak membenarkan anak lelakinya
menghantar Pungut ke rumah kanak-kanak cacat.
4. Persoalan kejujuran dalam memberi
kebajikan tanpa mengharapkan balasan. Mak Timah selalu berdoa kepada Tuhan agar
mengambil nyawa Pungut dahulu sebelum mengambil nyawanya kerana dia tahu tidak
ada sesiapapun akan memelihara Pungut.
PLOT :
Secara keseluruhannya, plot cerpen
ini disusun secara kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:
(i)
Permulaan
Pembaca
diperkenalkan dengan watak Pungut yang bertingkah laku seperti orang kurang
upaya dan dijaga keperluannya oleh Mak Timah sepanjang masa.
(ii)
Perkembangan
Mak Timah
terkenangkan peristiwa 24 tahun lalu bagaimana dia mengenali Bibik dan
mengambil anak Siew Lan yang baru dilahirkan sebagai anak angkat yang sah
kerana tidak sampai hati apabila mengetahui bayi itu akan dibuang.
(iii)
Konflik
Konflik timbul
apabila anak Mak Timah mula bertengkar tentang Pungut dan mencadangkan agar
Pungut dihantar ke rumah kebajikan.
(iv)
Peleraian
Mak Timah terus
menjaga Pungut dan berdoa agar Pungut mati terlebih dahulu sebelum dirinya.
TEKNIK PLOT :
1.
Pemerian
Dia
tergigil-gigil. Mulutnya mengeluarkan bunyi macam suara nyamuk,
berdenggung-denggung. Kepalanya di
geleng-gelengkan ke kiri dan ke kanan dengan pantas. Kemudian dia meluru masuk bilik…
2.
Monolog
“Mungkin Tuhan
nak uji kesabaran aku, menjaga dia, “fikir Mak Timah.
3.
Dialog
“Mengapa Bik?”
Mak Timah bertanya.
“Siew Lan.”
Jawabnya lambat.
4.
Imbas kembali
..Mak Timah
terbayangkan kisah yang berlaku dua puluh empat tahun lalu…
WATAK DAN
PERWATAKAN :
Watak Utama
1. Mak Timah
·
Perempuan tua
·
Selalu sakit-sakit
·
Ibu angkat Pungut
·
Ikhlas menjaga Pungut. Mak Timah sanggup menjaga Pungut selagi dia
masih hidup.
·
Tabah dan sabar menghadapi dugaan. Mak Timah tetap menjaga makan
minium dan kencing berak Pungut walaupun dia tidak bermaya kerana sakit.
Watak Sampingan
2. Pungut / Zahara bt Muhamad @ Yap
Siew Hong
·
Berusia 24 tahun.
·
Cacat fizikal dan mental (terpaksa semua dibantu) dijangkakan tidak
hidup lama oleh doktor.
·
Anak angkat Mak Timah.
·
Bertubuh sangat kecil (pekak dan bisu).
3. Bibik
·
Nenek Pungut.
·
Berbangsa Cina peranakan.
·
Percaya kepada ramalan loktang. Bibik tidak suka akan Pungut
kerana dia percaya kata-kata loktang bahawa Pungut membawa sial.
LATAR :
Latar Masa
1. Tahun 1957 ketika Pungut dilahirkan
2. 24 tahun selepas Pungut dewasa
Latar Tempat
1. Rumah sewaan Bibik tempat tinggal
Mak Timah
2. Rumah lelaki anak bongsu Mak Timah.
Latar Masyarakat
1. Masyarakat majmuk (bangsa Cina dan
Melayu) . terdapat keluarga Siew Lan an keluarga Mak Timah.
2. Masyarakat yang percaya kepada bomoh
(ramalan Loktang). Bibik amat percaya dengan ramalan Loktang tentang
Siew Lan.
3. Masyarakat yang simpati terhadap
golongan kurang upaya. Mak Timah kasihan dengan nasib Siew Lan yang akan di
buang lalu sanggup memeliharanya
GAYA BAHASA :
1. Kata
ganda
Contoh: digeleng-gelengkan
2. Bahasa
pasar
Contoh: sueh, loktang
3. Sinkope
Contoh: nak, kau
4. Personifikasi
Contoh : kelakuannya tak ubah macam
wayang patung
NILAI :
1. Nilai kasih sayang, contohnya
seorang ibu angkat (Mak Timah) mengasihi anak angkatnya Pungut.
2. Nilai keikhlasan, contohnya Mak
Timah menguruskan dan menjaga Pungut dengan ikhlas.
3. Nilai simpati terhadap golongan yang
kurang upaya, contohnya Mak Timah simpati dengan nasib Pungut.
4. Nilai setiakawan, contohnya semangat
setiakawan di antara iaitu Mak Timah bertegur sapa dengan Bibik.
5. Nilai hormat-menghormati iaitu
anak-anak Mak Timah menghormati pendirian emak mereka.
PENGAJARAN :
1 Kita hendaklah menyayangi ahli
keluarga sungguhpun statusnya hanya anak angkat sahaja, contohnya Mak Timah
yang menyayangi Pungut dan memeliharanya sehingga sudah berusia 24 tahun.
2. Kita mestilah ikhlas memberikan pertolongan, contohnya Mak Timah
begitu ikhlas memelihara Pungut sehingga mencapai umur dewasa.
3. Kita haruslah bersimpati terhadap
golongan kurang upaya, contohnya Mak Timah yang bersimpati dengan nasib Pungut.
4. Kita hendaklah mengamalkan
setiakawan, contohnya Mak Timah yang bertegur sapa dengan Bibik.
5. Kita wajarlah menghormati keputusan
ibu bapa, contohnya anak-anak Mak Timah yang menghormati keputusannya
menjadikan Pungut anak angkat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan